Monday, June 1, 2009

Imam As-Syatibiy

BIODATA IMAM AS-SYATIBI

NAMA : Abul Qasim Bin Fuyyirah Bin Kholaf Bin Ahmad As-Syatibi Ar-Raa'ini Al-Andalusi.

Tempat Lahir : Dilahirkan pada akhir tahun 538 Hijrah di Syathobah,sebuah kampung dari kampung-kampung di Andalus.

Makam : Imam Syatibi meninggal dunia pada 28 Jamadil akhir tahun 590 Hijrah. Beliau di makamkan di Jabal Muqattam di Kaherah.

Antara karangan beliau:

MATNU SYATIBIYYIAH

Penganalan Qiraat 10

BACAAN SEPULUH YANG MUTAWATIR

Bacaan sepuluh yang mutawatir iaitu bacaan yang disandarkan kepada sepuluh imam al-qurra’ serta diriwayatkan oleh kumpulan manusia yang ramai. Bacaan sepuluh yang mutawatir ina terbahagi kepada dua kategori :

1) Al-Qiraat al-Asyr al-Kubra ( القرءت العشر الكبرى ) :

Iaitu bacaan-bacaan sepuluh besar. Bacaan sepuluh besar adalah bacaan yang disandarkan kepad sepuluh imam yang al-qurra’ yang terkenal iaitu :

I. Imam Nafi’
II. Imam Ibnu Kathir
III. Imam Ibnu ‘Aamir
IV. Imam ‘Aashim
V. Imam Hamzah
VI. Imam Al-Kisaie
VII. Imam Abu Ja’far
VIII. Imam Ya’kub
IX. Imam Khalaf Al-‘Aasyir

Bacaan-bacaan ini telah dihimpunkan oleh imam Ibnu al-Jazari dalam matannya (syair ) yang disebut matan al-Jazariah متن الجزرية

2) Al-qiraat al-‘Asyr al-Shughra ( القراءت العشر الصغر ) iaitu bacaan-bacaan sepuluh kecil. Bacaan-bacaan yang disandarkan kepada sepuluh imam al-Qurra’ yang sama tetapi gabungan dua sumber iaitu :
I. Al-qiraat al-Sab’ ( القراءت السبع ) iaitu bacaan-bacaan tuuh yang disandarkan kepada tujuh imam al-Qurra’ iaitu imam Nafi’, imam ‘Aasim, imam Ibnu Kathir, imam Abu ‘Amru, imam Ibnu ‘Aamir, imam Hamzah dan al-Kisaie. Bacaan ini telah dihimpunkan oleh imam al-Syatibi dalam matannya ( syair )yang di sebut matan al-Syatibi ( متن الشطبية )
II. Al-qiraat al-Thalath ( القراءت الثلاث ) iaitu bacaan-bacaan tiga ( melengkapkan bacaan tujuh ) yang disandarkan kapada tiga imam al-Qurra’ iaitu imam Abu Ja’far, imam Ya’kub dan imam Khalaf al-‘Aasyir. Bacaan –bacaan ini telah dihimpunkan oleh imam al-Jazari dalam matannya ( syair ) yang disebut matan al-Durrah ( متن الدرة ).

PENGERTIAN AL-QURAN
1) Pada bahasa (lughah) merupakan masdar daripada kata (قرأ)
2) Pada Istilah “Kalam Allah berupa mukjizat yang telah diturunkan kepadaNabi Muhammad S.A.W. dalam Bahasa Arab dan ditulis dalam Mushaf bermula dangan surah Al-Fatihah dan berakhir dengan surah An-Nas dan diriwayatkan secara mutawatir serta membacanya marupakan satu ibadah.’’

PENGERTIAN QIRAAT

1) Pada Bahasa (lughah) : Merupakan kata jama’ daripada kalimah qira’ah (قراءة) yang bermaksud wajah atau cara yang di baca.
2) Menurut Istilah : pebezaan kata-kata wahyu dalam lafaz membawakan dialek dan posisi dalam kalimat yang kesemaunya diriwayatkan secara Mutawatir dari Nabi Muhammad S.A.W.
3) Kekhilafan ( perselisihan pendapat atau pandangan ) pada lafaz-lafaz wahyu dalam huruf-huruf Al-Quran dan membincangkan bagaimana sebutannya dari lafaz yang ringan atau berat dan sebagainya.


HUNBUNGAN AL-QURAN DENGAN QIRAAT

1) Merupakan dua perkara atau benda yang berbeza.
2) Al-Quran adalah wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.
3) Al-Qiraat ialah kelainan dari segi lafaz-lafaz wahyu seperti baris, tashdid, pelat, i’rab dan lain-lain serta mesti diterima secara talaqqi / musyafahah.

KELEBIHAN ILMU QIRAAT

1) Menerangkan hukum yang telah diijma’kan (disepakati) diatasnya.
2) Meguatkan hukum yang khilaf ( perbezaan ).
3) Memudahkan hafalan dan ingatannya serta mudah diterima umat Islam kerana ia mempunyai ilmu Balaghah ( kesusasteraan arab yang berbagai-bagai ) dan ringkasan yang mudah difahami.
4) Ia juga menerangkan kelebihan dan kemulian umat Nabi Muhammad S.A.W. berbanding umat yang lain.
5) Memahami aspek dan kandungan Al-Quran dan lebih luas dan mendalam.
6) Terpelihara daripada kesilapan membaca atau menyebut kalimah-kalimah Al-Quran daripada asalnya.
7) Menjaga daripada berlaku penyelewengan dan perubahan pada kalimah Al-Quran daripada aslnya.
8) Dapat mengetahui sanad bacaan dan imam-imamnya serta membezakan bacaan yang diharuskan atau sebaliknya.

AL-QURAN DITURUNKAN ATAS TUJUH HURUF


Terdapat banyak hadis yang mejelaskan bahawa Al-Quran itu diturunkan kepada Rasulallah S.A.W dengan 7 huruf.
Antara hadis-hadis sahih yang menyebutkan perkara ini yang membawa maksud :

Telah diriwayatkan oleh Bujhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas r.a telahberkata : Telah bersabda Rasulallah s.a.w “jibril a.s telah membacakan kepadaku dengan satu huruf, maka aku sentisa mengulang-ulanginya. Aku juga sentiasa meminta Jibril a.s agar ia menambah lagi wajah bacaan tersebut. Akhirnya dia menambahkan kepadaku sehingga selesai 7 huruf.”

Dalm hadis yang lain pula ada menjelaskan :

“Sesungguhnya Al-quran ini telah diturunkan dalam 7 huruf, maka bacalah olemu mana yang mudah daripadanya.”

Imam Ibnu Al-Jazari telah menjelaskan perselisihan pada baris tanpa berubah makna dan bantuk kalimah. Bahawa yang bahawa yang dimaksudkan dangan 7 huruf itu ialah 7bacaan yang menjadi perselisihan. Wajah-wajah yang dimaksudkan itu ialah :
a) Khilaf pada mana-mana mufrad, musanna dan jama.’
b) Khilaf dalam menentukan perbuatan dari masa yang lepas, sekarang dan perbuatan menyeluruh.
c) Khilaf pada menetapkan dan membuangkan.
d) Khilaf pada mendahulukan dan mengakhirkan.
e) Khilaf pada perkataan iaitu jadikan huruf berubah tempat.
f) Khilaf pada loghat ( bahasa ).
g) Khilaf pada wajah I’rab.

Para Ulama’ berselisihan pendapat mengenai maksud 7 huruf tersebut sehingga melebihi 40 pendapat. Di antara pendapat yang masyur :

a) Tujuh huruf bermaksud segala makna hukum-hakam iaitu :

1) Halal
2) Haram
3) Muhkam
4) Mutasyabih
5) Amthal
6) Insya’
7) Akhbar

b) Tujuh huruf bermaksud tujuh loghat ( bahasa ) iaitu :

1) Quraisy
2) Hudzail
3) Thaqif
4) Hawazan
5) Kinanah
6) Tamim
7) Yamim

Imam-Imam Qiraat Dan Perawi-Perawinya



Dalam ilmu Qiraat terdapat sepuluh imam Al-Qurra' yang terkenal dan setiap imam ada 2 perawi yang meriwayatkan bacaan mereka. Huraiannya seperti berikut:

1.Imam Nafi' Al-Madani:

Nama sebenar beliau ialah Nafi' bin Abdul Rahman bin Abi Na'im Al-Laithi. Beliau digelar Abu Ruaim. Dilahirkan pada tahun 70 Hijrah dan meninggal dunia di Madinah pada tahun 169 Hijrah.

Dua perawinya :

Qalun : Beliau ialah Abu Musa Isa bin Mina bin Wardan bin Isa bin Abdul Samad. Dilahirkian pada tahun 120 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 220 Hijrah.

Warsy : Beliau ialah Abu Sa'id Othman bin Sa'id bin Abdullah Al-Qibti Al-Masri. Dilahirkan pada tahun 110 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 197 Hijrah.

2. Imam Ibnu Kathir Al-Makki:

Nama sebenar beliau ialah Abu Sa'id Abdullah bin Kathir bin 'Amru bin Abdullah bin Zazan bin Fairuz bin Hirmuz Al-Dari. Dilahirkan pada tahun 45 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 120 Hijrah.

Dua perawinya :

Al-Bazzi : Beliau ialah Abu al-Hasan Ahmad bin Muhammad bin Abdullah bin al-Qasim bin Nafi' bin Abi Bazzah al-Makki. Dilahirkan pada tahun 170 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 250 Hijrah.

Qunbul : Beliau ialah Abu 'Amru Muhammad bin Abdul Rahman bin Muhammad bin Khalid bin Sa'id al-Makhzumi. Dilahirkan pada tahun 195 Hijrah dan meninggal pada tahun 291 Hijrah.

3. Imam Abu 'Amru al-Bashri

Nama sebenar beliau ialah Abu 'Amru Ziban bin al-'Ala' bin 'Ammar bin al-'Iryan bin Abdullah bin al-Husain al-Mazani. Dilahirkan pada tahun 68 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 154 Hijrah.

Dua perawinya:

Al-Duri : Beliau ialah Abu 'Amru Hafsh bin Omar bin Abdul Aziz al-Nahwi al-Baghdadi. Meninggal dunia pada tahun 246 Hijrah.

Al-Susi : Beliau ialah Abu Syu'aib Shalih bin Ziad bin Abdullah bin Ismail bin Al-Jarud. Meninggal dunia pada tahun 261 Hijrah.

4. Imam Abu 'Aamir al-Dimasyqi

Nama sebenar beliau ialah Abu "Imran Abdullah bin 'Amir bin Yazid bin Tamim bin Rabi'ah al-Yahshabi. Dilahirkan pada tahun 8 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 118 Hijrah.
Dua perawinya:

Hisyam : Beliau ialah Abu al-Walid Hisyam bin 'Ammar bin Nasir bin Maisarah al-Salma. Dilahirkan pada tahun 153 Hijrah dan meninggal pada tahun 245 Hijrah.

Ibnu Dzakuan : Beliau ialah Abu 'Amru Abdullah bin Ahmad bin Basyir bin Dzakuan. Dilahirkan pada tahun 173 HIjrah dan meninggal dunia pada tahun 242 Hijrah.

5. Imam 'Aashim Al-Kufi

Nama sebenar beliau ialah Abu Bakar 'Aashim bin Abdullah (Abi al-Najud) bin Bahdalah al-Asadi. Meninggal dunia pada tahun 127 Hijrah.

Dua perawinya :

Syu'bah : Beliau ialah Abu Bakar Syu'bah bin 'iyasy bin Salim. Dilahirkan pada tahun 95 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 193 Hijrah.

Hafsh : Beliau ialah Abu Umar Hafsh bin Sulaiman bin Al-Mughirah bin Abi Daud al-Kufi. Dilahirkan pada tahun 90 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 180 Hijrah.

6.Imam Hamzah al-Kufi

Nama sebenar beliau ialah Abu 'Lmarah Hamzah bin Habib bin 'Lmarah bin Ismail al-Zaiyat. Dilahirkan pada tahun 80 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 156 Hijrah.

Dua perawinya :

Khalaf : Beliau ialah Abu Muhammad Khalaf bin Hisham bin Talib al-Bazzar. Dilahirkan pada tahun 150 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 229 Hijrah.
Khallad : Beliau ialah Abu Isa Khallad bin Khalid al-Syaibani al-Kufi. Meninggal dunia pada tahun 220 Hijrah.

7. Imam al-Kisaie al-Kufi

Nama sebenar beliau Abu al-Hasan Ali bin Hamzah bin Abdullah bin Othman al-Nahwi. Dilahirkan pada tahun 119 HIjrah dan meninggal dunia pada tahun 189 Hijrah.

Dua perawinya :

Abu al-Harith : Beliau ialah Al-Laith bin Khalid al-Marwazi al-Baghdadi. Meninggal dunia pada tahun 240 HIjrah.

Al-Duri : Beliau ialah Abu 'Amru Hafsh bin Umar bin Abdul Aziz al-Nahwi al-Baghdadi. Meninggal dunia pada tahun 246 Hijrah.

Istilah Qiraat

1.Qiraat ( القراءت ) :
Iaitu bacaan yang disandarkan bacaan kepada salah seorang daripada imam-imam al-qurra’ yang mana bersambung ( sanad ) bacaan mereka kepada Nabi Muhammad S.A.W.

2. Imam ( امام ) :
Iaitu orang yang disandarkan bacaan kepadanya serta menjadi ikutan umat khususnya bagi mereka yang sezaman dengannya.

3. Riwayat (رواية ) :
Iaitu bacaan yang disandarkan kepada orang yang meriwayatkan bacaan daripada imam Qurra’.

4. Rawi (راوي ) :
Iaitu orang yang meriwayatkan bacaan daripada imam Qurra’.

5. Toriq (طريق ) :
Iaitu bacaan yang disandarkan kepada orang yang meriwayatkan bacaan daripada rawi, demikian juga orang yang meriwayatkan bacaan daripada rawi tersebut dinamakan sebagai toriq. Penggunaan istilah toriq tidak dihususkan bagi mereka dan bacaan mereka sahaja, bahkan ia juga digunakan bagi bacaan dan generasi sesudah mereka hingga ke bawah.

Friday, March 20, 2009

RINGKASAN KAEDAH MENGHAFAZ AL-QURAN


“Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya”
(Hadis Riwayat Bukhari)

PETUA MENGHAFAZ AL-QURAN

1. Ikhlas semata-mata kerana mencari keredhaan Allah.
2. Bersabar dalam menghafaz ayat-ayat Allah.
3. Banyakkan berdoa kepada Allah dan berselawat kepada Nabi s.a.w.
4. Menghormati mashaf-mashaf Al-Quran.
5. Sentiasa bersuci dan menutup aurat.
6. Banyakkan berpuasa sunat dan sembahyang sunat.
7. Jangan banyak bercakap dan gelak ketawa ketika menghafaz.
8. Jangan membaca ketika mengantuk dan menguap.

MENJAGA HAFALAN

PENJAGAAN ZAHIR.

1. Memakan makanan yang baik dan berkhasiat untuk kesihatan serta pertumbuhan minda diantaranya :
• Buah kismis
• Minum madu lebah
• Jauhkan diri dari makanan syubhah
2. Menjaga percakapan, mata, telinga dan tingkah laku.
3. Sentiasa mengulangi hafalan.
4. Sentiasa bergaul dengan orang alim.
5. Membuat jadual khusus yang sistematik, seperti memperuntukkan ½ jam setiap hari.
6. Pastikan mulut sentiasa bersih(tidak berbau)
7. Sentiasa berada dalam keadaan berwuduk.

PENJAGAAN BATIN.

1. Sentiasa bertaqwa kepada Allah s.w.t.
2. Melakukan ibadat di tengah malam(qiamullai).
3. Mula membaca dan mengakhiri bacaan dengan doa dan sentiasa berzikir.
4. Melakukan amalan-amalan sunat seperti bersedekah dan berpuasa Isnin dan Khamis.
5. Solat hajat kepada Allah.
6. Sentiasa membaca ayat 164 Surah Al-Baqarah.

PANDUAN MENGHAFAZ

1. Melancarkan ayat-ayat atau surah yang akan dihafaz.
2. Pastikan tidak berlaku kesalahan pada baris, sifat-sifat huruf, makhraj, dan hokum-hukum tajwid.
3. Tentukan beberapa ayat yang hendak dihafaz.
4. Melihat makna ayat yang hendak dihafaz.
5. Mula menghafal ayat pertama, sebaik-baiknya diulang sebanyak 10 kali.
6. Apabila sudah mengingati ayat yang pertama, cuba menghafal ayat kedua.
7. Apabila ayat kedua sudah dihafal, ulang semula dari ayat pertama sehingga ayat yang kedua sehingga lancer. Diulang sebanyak 10 kali sekurang-kurangnya.
8. Mula menghafal ayat yang ketiga dan apabila selesai (ingat), ulang semula dari ayat yang pertama sehingga ayat yang ketiga sebanyak 10 kali sekurang-kurangnya.
9. Begitulah seterusnya setiap kali dihafaz ayat yang baru, hendaklah mengulangi semula ayat yang telah dihafaz dari mula sehingga selesai hafalan.
10. Setelah dihafaz, cuba dengarkan kepada orang lain sekurang-kurangnya dua atau tiga kali.
11. Setelah betul-betul lancar, barulah dibaca dihadapan guru (tasmi’)
12. Cuba baca ayat yang telah dihafaz di dalam sembahyang sama ada sembahyang sunat ataupun sembahyang fardu.
13. Sentiasa mengulangi ayat-ayat atau surah yang telah dihafaz secara sendirian ataupun berteman.
14. Menggunakan mashaf yang menepati resam Othmani.
15. Menggunakan mashaf yang satu / sama dalam penghafazan.
16. Gunakan Al-Quran yang halamannya dimulai dengan awal ayat dan akhirnya.
17. Jangan cepat berpindah ke surah lain sebelum betul-betul lancar.
18. Sentiasa memerhati ayat-ayat yang serupa atau yang hamper sama.

Pesanan Imam As-Syahid Hassan Al-Banna:



"Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara seAqidah yang saudara bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta saudara mengenalinya; kerana asas gerakan Dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan."

Thursday, March 19, 2009

Renungan Bersama...


Sahabat...
Andainya semangat mu semakin luntur.
Andainya tenaga mu semakin lemah.
Andainya jiwa mu terasa kosong
Mengadu dan merintihlah kepadaNya
Agar hati mu berasa puas.

Pengorbanan
Kau tinggalkan kampung halaman
Kau tinggalkan adik-adik
Kau tinggalkan sahabat handai
Demi sebuah impian
Demi sebuah harapan
Demi sebuah perjuangan.

Sahabat ku...
Kau korbankan kemewahan.
Kau korbankan masa dan tenaga.
Kau korbankan hati dan perasan.
Apa lagi yang harus kau korbankan?

Perjuangan...
Dengan semangat yang kental.
Kau teruskan jua perjuangan.
walaupun hati mu mengangis sendiri.
Walaupun batin mu merintih pilu.
Biarpun perjuangan ini tidak dipeduli.
Biarpun pengorbanan ini tidak dihargai.
Namun...berundur tidak sekali.
Biar gerimis membangkit harapan.
Biar gemilang mengungkit kenangan.

Ikhlaskah kau dalam pengorbanan?
Di awal...ya, di akhir...entah...
Keikhlasan ini digugat.
Kesetiaan ini dicalar.
Kerana kau berada di dua persimpangan.
Antara perasaan dan cita-cita.
Ternyata perasaan jua yang terkorban.

Tapi aku percaya.
Kau tetap gagah dan bertenaga.
Meneruskan perjuangan ini.
kerana kau tahu perjuangan itu pahit.
Kerana syurga itu manis

Tuesday, March 17, 2009

Kawan-kawan seangkatan yang belajar di Mesir Bumi Anbiya

Gambar-gambar kelas tasmi'






Kelas tasmi'ini terdiri daripada sebelas orang pelajar dan seorang guru tasmi' yang bernama Us Nazri bin Abdullah.Antara anak murid beliau ialah saya Helmy, Saifullah, Khairani, Nazri, Asyraf, Mahadir, Sabiq, Azhar, Muizzuddin, Fazdli dan Izwan. Us Nazri bagaikan bapa kepada kami di Darul Quran,beliau mendidik kami dari segi rohani dan jasmani.Mengapa saya berkata demikian?ini kerana jika kami lambat datang ke kelas,kami akan didenda lompat bintang dan us Nazri sangat mementingkan penghafalan anak-anak muridnya.Kelas tasmi' kami pernah menjadi juara dalam perlawanan bola sepak diantara kelas-kelas tasmi' yang lain,kami juga pernah menewaskan kumpulan Pegawai Darul Quran.Di dalam kelas al-Quran kami bagaikan ahli sufi dalam menghayati setiap ayat al-Quran yang telah dihafal dan di atas padang kami juga bagaikan singa yang sedang kelaparan membaham mangsa-mangsanya...heheh.Kami merupakan generasi terakhir yang menjadi anak-anak didik us Nazri di Darul Quran sebelum us Nazri berpinda ke JAWI dan segala jasa yang telah beliau curahkan tidak akan kami lupakan.

Friday, March 13, 2009

Sekarang Kite Cerita Skit Tentang Darul Quran




SEJARAH PENUBUHAN DAN PENCAPAIAN DARUL QURAN
Penubuhan Darul Quran bermula pada tahun 1966 apabila Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tuanku Abdul Rahman Putera Al-Haj melahirkan hasrat untuk mewujudkan sebuah Institut Pengajian al-Quran di Malaysia. Hasrat ini telah dinyatakan sewaktu perasmian Masjid Negara di mana idea ini timbul ekoran daripada Musabaqah Al-Quran yang diadakan semenjak tahun 1960 serta lawatan Rektor Universiti Al-Azhar Sheikh Mahmud Syaltut di perasmian Masjid Negara tersebut.
Sebagai permulaan, Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ditubuhkan sebagai salah satu unit di Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur. Dengan penubuhan tersebut maka bermulalah pengajian dalam bidang Tahfiz al-Quran di Dewan Syarahan Masjid Negara pada 1 Mac, 1966 dengan bilangan pelajar pada masa itu seramai 8 orang sebagai perantis yang dipilih dan dihantar oleh negeri-negeri di Malaysia.
Dari tahun 1966 hingga tahun 1978 pengajian ini diletakkan di bawah kelolaan Jawatankuasa Tadbir Masjid Negara dan Urusetia Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, pada tahun 1972 dan ianya diberi nama “Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat”.
Awal tahun 1979 Maahad Tahfiz diletakkan pula di bawah kelolaan Pusat Penyelidikan Islam, Bahagian Ugama, Jabatan Perdana Menteri sehingga tahun 1980. Selepas itu Maahad Tahfiz dipindahkan ke Bangunan JKR 588/33, Jalan Chenderasari, Kuala Lumpur dan dan kemudiannya diletakkan di bawah kelolaan Institut Dakwah dan Latihan Islam (INDAH) Bahagian Ugama, Jabatan Perdana Menteri sehingga tahun 1983.
Sehinggalah pada tahun 1984 Maahad Tahfiz telah lahir sebagai sebuah Cawangan di Bahagian Ugama, Jabatan Perdana Menteri dengan organisasinya yang tersendiri.
Pada Tahun 1992 Maahad Tahfiz kemudiannya dipindahkan ke Taman Tun Dr. Ismail bagi penempatan pelajar lelaki dan pelajar perempuan pula ditempatkan di Jalan Ledang. Pada Tahun 1994 pelajar perempuan kemudiannya dipindahkan ke Taman Tun Dr. Ismail, manakala pelajar lelaki dipindahkan ke Batu 14 Sg. Semungkus Hulu Langat Selangor.
Pada tahun 1997 Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat telah dinaikkan taraf sebagai salah satu bahagian di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan diberi nama Darul Quran Akhirnya pada 1 November 1998, Darul Quran ditempatkan ke kampus tetap di Kompleks Darul Quran di Ampang Pecah Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Sepanjang penubuhannya, Darul Quran telah menunjukkan beberapa pencapaian yang memberasangkan. Antaranya ialah :
1. Pada 16 April 1983 kelayakan sijil Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat telah diberi pengiktirafan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam setaraf dengan Diploma Institut Teknologi MARA (sekarang UiTM) bagi membolehkan pemegang sijil tersebut menjawat jawatan dalam Perkhidmatan Awam.
2. Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat Darul Quran JAKIM juga diiktiraf oleh universiti-universiti tempatan dan luar negara untuk mengikuti pengajian di universiti berkenaan. Antara institusi tersebut ialah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Islam Negeri Sultan Syariff Kasim Riau, Indonesia dan Universiti Al-Azhar, Mesir.
3. Darul Quran telah mengadakan kerjasama dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia untuk merealisasikan program Persijilan Tahfiz al-Quran. Program ini ditawarkan kepada pelajar lulusan SPM yang mendapat keputusan cemerlang untuk ditempatkan di Darul Quran. Pelajar-pelajar ini akan melalui tempoh pengajian selama 18 bulan di Darul Quran. Selepas tamat pengajian mereka akan terus ditempatkan di Pusat Asasi UIAM dalam bidang profesional seperti perubatan, farmasi, kejuruteraan, senibina, ekonomi dan sains pengurusan. Cadangan program berkembar ini tercetus apabila Y.Bhg. Prof. Madya Dr. Sidek Baba selaku Ahli Lembaga Pengarah Darul Quran telah membentangkan satu kertas kerja yang bertajuk “Perancangan Masa depan Program Akademik Darul Quran” di dalam Muzakarah Masa depan Darul Quran pada 21-22 Februari 2000. Beliau telah turut mencadangkan agar Darul Quran memainkan peranan bukan sahaja melahirkan Hafiz dan Hafizah yang berketrampilan dalam bidang agama, malah layak menjadi ahli sains dan professional yang berwibawa. Hasilnya, Darul Quran telah mengambil 7 orang pelajar yang telah mendaftarkan diri sebagai perantis program persijilan
4. Darul Quran turut memperkenalkan Program Persijilan Tinggi Tarannum al-Quran yang dirangka khusus untuk melahirkan generasi al-Quran yang dapat mengembalikan tradisi kegemilangan ilmuwan Islam dalam usaha memartabatkan agama bangsa dan negara di mata dunia. Selain daripada itu, program ini akan menjana qari dan qariah yang berkemampuan tinggi dan sekaligus mampu memikul cabaran yang diamanahkan oleh negara. Cadangan pelaksanaan program ini adalah idea Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Y.B Dato’ Dr. Abdullah Bin Md Zin yang mahukan umat Islam di Malaysia benar-benar mendalami seni bacaan al-Quran. Beliau berharap agar Malaysia tidak akan kepupusan generasi yang mahir dalam bidang al-Quran amnya dan bidang Tarannum khasnya. Program ini dikhususkan kepada semua masyarakat Islam terutama kepada mereka yang mempunyai pengalaman mewakili daerah dan negeri dalam ujian tilawah al-Quran. Program yang bakal diadakan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) ini akan meliputi kaedah pengajian secara kuliah,tutorial, latihan praktikal dan perbincangan.
5. Darul Quran terus mengorak langkah untuk memperkasakan bidang tahfiz al-Quran dengan melaksanakan program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah dengan Kepujian. Program yang diadakan dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ini adalah hasil daripada perbincangan di Mesyuarat Lembaga Darul Quran yang diadakan pada 15 Julai 2006. Bagi peringkat permulaan, program ini akan ditawarkan kepada 50 orang pelajar Darul Quran dan pelajar Maahad Tahfiz Quran Negeri (MTQN). Jangka masa pengajian bagi program ini adalah 3 tahun dan dijangka dapat dimulakan pada November tahun ini.

Thursday, March 12, 2009

Disamping qiraat kite selitkan nasihat...

Untuk peringatan kita yang sentiasa lalai dan leka... siapakah kita??
=============================================

siapakah kita?? siapa...yaa..??

Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak
mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul
Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada
di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang
sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk
melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa
tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dunggu kepala otaknya?
Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu
lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya
dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan
kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika
ia di dalam kemarahan.

Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan
matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan
kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya
untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s.a.w.

Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti
akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran
daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran
yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu
solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi
Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa
musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu
sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil
mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang
bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan
dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan
tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada
sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari
kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal
abadi

Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga
untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa
mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak
memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya
dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan
sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak
siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan
namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa
kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang
baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati
membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan
saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak
membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga
kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk
menghindari siksa neraka.

(Hasil nukilan Rabiatul Adawiyah Binti Abdul Latif)