Friday, March 20, 2009

RINGKASAN KAEDAH MENGHAFAZ AL-QURAN


“Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya”
(Hadis Riwayat Bukhari)

PETUA MENGHAFAZ AL-QURAN

1. Ikhlas semata-mata kerana mencari keredhaan Allah.
2. Bersabar dalam menghafaz ayat-ayat Allah.
3. Banyakkan berdoa kepada Allah dan berselawat kepada Nabi s.a.w.
4. Menghormati mashaf-mashaf Al-Quran.
5. Sentiasa bersuci dan menutup aurat.
6. Banyakkan berpuasa sunat dan sembahyang sunat.
7. Jangan banyak bercakap dan gelak ketawa ketika menghafaz.
8. Jangan membaca ketika mengantuk dan menguap.

MENJAGA HAFALAN

PENJAGAAN ZAHIR.

1. Memakan makanan yang baik dan berkhasiat untuk kesihatan serta pertumbuhan minda diantaranya :
• Buah kismis
• Minum madu lebah
• Jauhkan diri dari makanan syubhah
2. Menjaga percakapan, mata, telinga dan tingkah laku.
3. Sentiasa mengulangi hafalan.
4. Sentiasa bergaul dengan orang alim.
5. Membuat jadual khusus yang sistematik, seperti memperuntukkan ½ jam setiap hari.
6. Pastikan mulut sentiasa bersih(tidak berbau)
7. Sentiasa berada dalam keadaan berwuduk.

PENJAGAAN BATIN.

1. Sentiasa bertaqwa kepada Allah s.w.t.
2. Melakukan ibadat di tengah malam(qiamullai).
3. Mula membaca dan mengakhiri bacaan dengan doa dan sentiasa berzikir.
4. Melakukan amalan-amalan sunat seperti bersedekah dan berpuasa Isnin dan Khamis.
5. Solat hajat kepada Allah.
6. Sentiasa membaca ayat 164 Surah Al-Baqarah.

PANDUAN MENGHAFAZ

1. Melancarkan ayat-ayat atau surah yang akan dihafaz.
2. Pastikan tidak berlaku kesalahan pada baris, sifat-sifat huruf, makhraj, dan hokum-hukum tajwid.
3. Tentukan beberapa ayat yang hendak dihafaz.
4. Melihat makna ayat yang hendak dihafaz.
5. Mula menghafal ayat pertama, sebaik-baiknya diulang sebanyak 10 kali.
6. Apabila sudah mengingati ayat yang pertama, cuba menghafal ayat kedua.
7. Apabila ayat kedua sudah dihafal, ulang semula dari ayat pertama sehingga ayat yang kedua sehingga lancer. Diulang sebanyak 10 kali sekurang-kurangnya.
8. Mula menghafal ayat yang ketiga dan apabila selesai (ingat), ulang semula dari ayat yang pertama sehingga ayat yang ketiga sebanyak 10 kali sekurang-kurangnya.
9. Begitulah seterusnya setiap kali dihafaz ayat yang baru, hendaklah mengulangi semula ayat yang telah dihafaz dari mula sehingga selesai hafalan.
10. Setelah dihafaz, cuba dengarkan kepada orang lain sekurang-kurangnya dua atau tiga kali.
11. Setelah betul-betul lancar, barulah dibaca dihadapan guru (tasmi’)
12. Cuba baca ayat yang telah dihafaz di dalam sembahyang sama ada sembahyang sunat ataupun sembahyang fardu.
13. Sentiasa mengulangi ayat-ayat atau surah yang telah dihafaz secara sendirian ataupun berteman.
14. Menggunakan mashaf yang menepati resam Othmani.
15. Menggunakan mashaf yang satu / sama dalam penghafazan.
16. Gunakan Al-Quran yang halamannya dimulai dengan awal ayat dan akhirnya.
17. Jangan cepat berpindah ke surah lain sebelum betul-betul lancar.
18. Sentiasa memerhati ayat-ayat yang serupa atau yang hamper sama.

No comments:

Post a Comment